Thursday, November 19, 2009

Keputusan UPSR

Sekolah Vageesar telah pun berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR 2009.....
Keputusan Peperiksaan UPSR 09 Full Pass : 49%
7A - 9 Orang Murid
6A - 7 Orang Murid
5A - 4 Orang Murid
4A - 7 Orang Murid
3A - 2 Orang Murid

Thursday, November 12, 2009

Friday, October 16, 2009

Selamat Menyambut Hari Deepavali


Selamat Hari Deepavali kepada semua warga Vageesar serta semua masyarakat India.

Monday, October 12, 2009

SUKAN TAHUNAN YANG KE - 19

Sukan Tahunan SJKT Vageesar telah diadakan pada 11hb Oktober 2009. Sukan dirasmikan oleh cikgu KR Parthiban, Penyelaras Pembangunan DUN Ijok dan disempurnakan oleh En.M.Rajathurai, Penyelia Sekolah - Sekolah Tamil Daerah Kuala Selangor. Banyak acara - acara dilaksanakan seperti yang telah dirancang.

SEBELUM





SEMASA

PERBARISAN


PERSEMBAHAN GIMRAMA


UCAPAN ALUAN DAN PERASMIAN




ACARA PRA-SEKOLAH DAN TAHAP 1


ACARA TAHAP 2

Friday, September 25, 2009

Sambutan Saraswathy Pooja

Sambutan Saraswathy Pooja peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini. Semua warga Vageesar bersama AJK PIBG telah menyambut sambutan ini di banggunan Pra-Sekolah baru. Murid - murid diberi restu oleh guru - guru dan ibubapa yang hadir.


Wednesday, September 23, 2009

MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH




Minggu pusat sumber sekolah telah diadakan pada 17 hb Ogos hingga 21 Ogos 2009. Pertandingan bercerita, melukis, mewarna serta pertandingan tulisan cantik juga diadakan. Kuiz matematik dan sains juga telah diadakan. Hadiah - hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh guru besar pada penghujung program ini.

Wednesday, September 9, 2009

BALASAN

KINI HIDUP DIPENUH BATASAN....
AKAR UMBI JADI ULASAN
KERJA DIBUAT TANPA ALASAN
AKAN DAPAT SERIBU BALASAN

BULAN CERAH....BUMI MERIAH....
AZAM BARA.... HIDUP BAHAGIA....
ADA YAKIN .... ADA USAHA....
BANGGA DAPAT ANAK VAGEESAR....

Sumbangan
Cik V Jagathambal
Guru Bahasa Melayu Tahun 6
SJKT Vageesar

Thursday, September 3, 2009

DEBARAN UPSR

GERUN APABILA MENDENGAR NAMAMU!!!!!
HATI GELISAH TIADA YANG TAHU
DETIK DETIK KITA BERTEMU,
SEMAKIN HAMPIR!

SEMAKIN KENCANG NAFAS,
MENAHAN KETAKUTAN DAN KECEMASAN!
AHLI KELUARGAMU BM,BI,BT,SAINS DAN M3
WAJIB TEMUI!!!!!

NAMUN DAKU SEDAR,
DAKU TELAH DIBERI TEMPOH 6 TAHUN,
SEBELUM BERTEMUMU,
AKU SEPATUTNYA SUDAH DILENGKAPI,
DENGAN SEGALA APA YANG KAU HAYATI.

DAKU SEDAR,
DAKU TIDAK PERLU BIMBANG,
JIKA BENAR - BENAR BERSEDIA,
WAHAI U.P.S.R,
SEMOGA KITA SELAMAT BERTEMU,
PADA TANGGAL 8 SEPTEMBER.....


sumbangan
En.A.Daniel
(Guru Besar SJKT Ladang Raja Musa)

Wednesday, August 5, 2009

PENGUNAAN MAKMAL KOMPUTER OLEH KOMUNITI SETEMPAT

Kelas komputer untuk ibubapa murid - murid SJKT Vageesar telah pun dimulakan. Kelas berlangsung setiap hari Rabu pada pukul 8 hingga 9 malam. Ramai ibubapa yang berminat hadir ke kelas tersebut.

Kelas ini dijalankan dengan kerjasama PIBG dan ahli - ahli PIBG juga hadir untuk mendapatkan ilmu dalam bidang perkomputeran

Thursday, July 16, 2009

PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Pusat Sumber telah diadakan pada hari Isnin, 13 Julai 2009. Semua Pengawas Pusat Sumber yang terpilih diberi sijil perlantikan. Sijil telah diberi oleh guru besar pada waktu perhimpunan.

Wednesday, July 15, 2009

BERSEDIALAH..........

Semua warga SJKT Vageesar kini sedang bersedia untuk meninggalkan bangunan pentadbiran yang akan dirobohkan dalam masa yang terdekat. Sekolah akan mendapat bangunan 4 tingkat yang dijangka siap pada Julai 2010.

Friday, July 10, 2009

LAWATAN EN.ZAHRI KE SJKT VAGEESAR


En. Zahri, pegawai JPNS dan KUTV Kuala Selangor, En.Mokhidin telah melawat sekolah pada 9 Julai 2009. Beliau telah memantau proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru Bahasa Melayu dan memberi banyak tunjuk ajar untuk meningkatkan tahap penggunaan ICT dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga telah memberi banyak pandangan dan tunjuk ajar untuk meningkatkan taraf 5 bintang.

Friday, July 3, 2009

KELAS EXPRESS TAHUN 6


Kelas Express Tahun 6 telah bermula pada hari ini seperti yang telah dirancangkan pada awal tahun. Seramai 10 orang murid harapan UPSR tahun 2009 telah dipilih dan ditempatkan di bilik khas. Murid - murid ini akan diberi latihan tambahan dan tunjuk ajar secara lebih mendalam. Program ini diadakan dengan harapan dapat meningkatkan prestasi murid dan sekolah pada tahun ini.