Thursday, July 16, 2009

PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Pusat Sumber telah diadakan pada hari Isnin, 13 Julai 2009. Semua Pengawas Pusat Sumber yang terpilih diberi sijil perlantikan. Sijil telah diberi oleh guru besar pada waktu perhimpunan.

Wednesday, July 15, 2009

BERSEDIALAH..........

Semua warga SJKT Vageesar kini sedang bersedia untuk meninggalkan bangunan pentadbiran yang akan dirobohkan dalam masa yang terdekat. Sekolah akan mendapat bangunan 4 tingkat yang dijangka siap pada Julai 2010.

Friday, July 10, 2009

LAWATAN EN.ZAHRI KE SJKT VAGEESAR


En. Zahri, pegawai JPNS dan KUTV Kuala Selangor, En.Mokhidin telah melawat sekolah pada 9 Julai 2009. Beliau telah memantau proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru Bahasa Melayu dan memberi banyak tunjuk ajar untuk meningkatkan tahap penggunaan ICT dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga telah memberi banyak pandangan dan tunjuk ajar untuk meningkatkan taraf 5 bintang.

Friday, July 3, 2009

KELAS EXPRESS TAHUN 6


Kelas Express Tahun 6 telah bermula pada hari ini seperti yang telah dirancangkan pada awal tahun. Seramai 10 orang murid harapan UPSR tahun 2009 telah dipilih dan ditempatkan di bilik khas. Murid - murid ini akan diberi latihan tambahan dan tunjuk ajar secara lebih mendalam. Program ini diadakan dengan harapan dapat meningkatkan prestasi murid dan sekolah pada tahun ini.

Thursday, July 2, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Seramai 39 murid dan 2 orang guru telah menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Bukit Melawati dan Akuarium Ikan Ayer Tawar pada 2 Julai 2009. Lawatan ini dianjurkan oleh Unit Ko-kurikulum sebagai satu rancangan tahunan Kelab Doktor Muda sekolah.
Murid - murid bersiar - siar dengan menaiki trem milik Majlis Daerah Kuala Selangor.
Murid - murid telah menyertai pertandingan mewarna di Aquariuam Ikan Ayer Tawar. Murid - murid telah menerima cenderahati yang disampaikan oleh Pn.D.Pennarasi, Penolong Kanan pentadbiran.



PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU

Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kuala selangor anjuran Majlis Guru Besar Daerah Kuala Selangor telah diadakan pada 2 Julai 2009. Pertandingan ini disertai oleh 48 orang murid dari 2o buah Sekolah Tamil di sekitar Daerah Kuala Selangor.
Johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Peserta dari SJKT Ladang Raja Musa. Naib johan dimenangi oleh peserta tuan rumah.
Pertandingan ini disempurnakan oleh Tuan K.R.Parthiban, Penyelaras Pembangunan DUN Melawati. 10 pemenang diberi piala.