Cuaca yang amat sejuk di kawasan sekolah. Kabus menyelebungi sekolah mengindahkan lagi kawasan sekolah. Program bacaan awal pagi diadakan di koridor makmal komputer kerana tapak perhimpunan basah akibat hujan.
Pagi yang amat indah. Hari pertama sesi persekolahan minggu ke 15 bermula dengan baik. Hari ini ada pelawat dari BTP, PPD, PKG dan guru -guru besar dari sekolah - sekolah Tamil Daerah Kuala Selangor
Pagi yang indah pada pagi ini. Program Guru Penyayang dilaksanakan dengan baik oleh guru - guru sekolah. Program Bacalah Sayang dilaksanakan dengan baik.
Hari kedua Minggu persekolahan ke 14. Hujan malam tadi menyebabkan kebanyakkan kawasan sekolah basah. Walaubagaimanapun, program bacalah sayang tetap berlangsung.
Cuaca yang amat tenang wujud di sekolah pada pagi ini. Program Bacaan Awal Pagi yang diadakan di tapak perhimpunan, diadakan di dewan kerana hujan malam tadi menyebabkan tapak perhimpunan basah
Mesyuarat guru diadakan pada pukul 1.40ptg di makmal sains. Jawatankuasa kerja Pameran Sains (sains fair) peringkat sekolah diedarkan dan guru - guru diminta segera menjalankan tugas masing - masing.
Hujan gerimis pagi ini. Agak risau juga tentang murid - murid yang terpaksa mengharungi hujan untuk masuk ke kawasan sekolah. Tetapi murid menggunakan 'walk way' untuk masuk ke kawasan sekolah. Pihak mengucapkan ribuan terima kasih kepada PIBG sekolah yang bertungkus lumus menyediakan 'walk way'