Thursday, November 19, 2009

Keputusan UPSR

Sekolah Vageesar telah pun berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR 2009.....
Keputusan Peperiksaan UPSR 09 Full Pass : 49%
7A - 9 Orang Murid
6A - 7 Orang Murid
5A - 4 Orang Murid
4A - 7 Orang Murid
3A - 2 Orang Murid

Thursday, November 12, 2009

Friday, October 16, 2009

Selamat Menyambut Hari Deepavali


Selamat Hari Deepavali kepada semua warga Vageesar serta semua masyarakat India.

Monday, October 12, 2009

SUKAN TAHUNAN YANG KE - 19

Sukan Tahunan SJKT Vageesar telah diadakan pada 11hb Oktober 2009. Sukan dirasmikan oleh cikgu KR Parthiban, Penyelaras Pembangunan DUN Ijok dan disempurnakan oleh En.M.Rajathurai, Penyelia Sekolah - Sekolah Tamil Daerah Kuala Selangor. Banyak acara - acara dilaksanakan seperti yang telah dirancang.

SEBELUM





SEMASA

PERBARISAN


PERSEMBAHAN GIMRAMA


UCAPAN ALUAN DAN PERASMIAN




ACARA PRA-SEKOLAH DAN TAHAP 1


ACARA TAHAP 2

Friday, September 25, 2009

Sambutan Saraswathy Pooja

Sambutan Saraswathy Pooja peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini. Semua warga Vageesar bersama AJK PIBG telah menyambut sambutan ini di banggunan Pra-Sekolah baru. Murid - murid diberi restu oleh guru - guru dan ibubapa yang hadir.


Wednesday, September 23, 2009

MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH




Minggu pusat sumber sekolah telah diadakan pada 17 hb Ogos hingga 21 Ogos 2009. Pertandingan bercerita, melukis, mewarna serta pertandingan tulisan cantik juga diadakan. Kuiz matematik dan sains juga telah diadakan. Hadiah - hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh guru besar pada penghujung program ini.

Wednesday, September 9, 2009

BALASAN

KINI HIDUP DIPENUH BATASAN....
AKAR UMBI JADI ULASAN
KERJA DIBUAT TANPA ALASAN
AKAN DAPAT SERIBU BALASAN

BULAN CERAH....BUMI MERIAH....
AZAM BARA.... HIDUP BAHAGIA....
ADA YAKIN .... ADA USAHA....
BANGGA DAPAT ANAK VAGEESAR....

Sumbangan
Cik V Jagathambal
Guru Bahasa Melayu Tahun 6
SJKT Vageesar