Thursday, July 2, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Seramai 39 murid dan 2 orang guru telah menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Bukit Melawati dan Akuarium Ikan Ayer Tawar pada 2 Julai 2009. Lawatan ini dianjurkan oleh Unit Ko-kurikulum sebagai satu rancangan tahunan Kelab Doktor Muda sekolah.
Murid - murid bersiar - siar dengan menaiki trem milik Majlis Daerah Kuala Selangor.
Murid - murid telah menyertai pertandingan mewarna di Aquariuam Ikan Ayer Tawar. Murid - murid telah menerima cenderahati yang disampaikan oleh Pn.D.Pennarasi, Penolong Kanan pentadbiran.



PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU

Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kuala selangor anjuran Majlis Guru Besar Daerah Kuala Selangor telah diadakan pada 2 Julai 2009. Pertandingan ini disertai oleh 48 orang murid dari 2o buah Sekolah Tamil di sekitar Daerah Kuala Selangor.
Johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Peserta dari SJKT Ladang Raja Musa. Naib johan dimenangi oleh peserta tuan rumah.
Pertandingan ini disempurnakan oleh Tuan K.R.Parthiban, Penyelaras Pembangunan DUN Melawati. 10 pemenang diberi piala.